Agar-agar Potato

Bahan-bahan :

3 biji ubi kentang
Agar-agar
½ sudu gula pasir
Susu pekat manis
Milo


Cara Membuatnya :

1. Rebus ubi kentang sehingga empuk dan diblender.

2. Rebus agar-agar dan masukkan gula dan juga susu pekat.

3. Masukkan kesemua ubi kentang ke dalam agar-agar.

4. Tuangkan ke dalam loyang dan dibiarkan sejuk.

5. Bancuh milo pekat dan dengan kreativiti sendiri contengkan ke atas agar-agar tadi.

6. Pasti agar-agar kelihatan lebih menarik dan sedap.

7. Selamat mencuba :)

Nasi Kerabu Ain


Bahan Untuk Nasi :
Beras
Daun limau purut
Pewarna kuning @ biru

Bahan Untuk Sambal Kelapa :
Ikan kembung
Kelapa parut
Bawang merah
Serai

Bahan Untuk Sambal Cili :
Cili
Cuka
Garam
Gula

Ulaman @ Sayuran :
Kacang panjang
Kubis
Timun (hiris kecil-kecil)
Taugeh


Cara Memasak Nasi :
Masak nasi seperti biasa. Letakkan daun limau purut dan masukkan pewarna kuning sedikit atau pewarna biru.

Cara Membuat Sambal Kelapa :
Rebus ikan kembung dan ambil isinya. Kemudian tumbuk.

Goreng kelapa parut dengan api perlahan dan jangan bagi hangit. Kemudian tumbuk dan jangan tumbuk terlalu hancur.

Tumbuk juga bawang merah dan serai.

Masuk semua bahan dalam satu bekas. Gaul bagi semua rata. Perasakan dengan garam dan gula.


Cara Membuat Sambal Cili :
Cili, cuka, garam dan gula digaul hingga sebati.

* kalau rajin buatlah ikan goreng celup tepung, daging bakar dan keropok.

Daging Dendeng

Bahan-bahan :

1 kilo daging

100-150 gram cili kering ( dikisar)
5/6 labu bawang merah besar dan dikisar bersama cili kering
Sedikit gabungan kicap lemak manis dan kicap pekat
2/3 sudu besar cuka
Garam dan gula
Sedikit minyak untuk menumis
# Sedikit halia, bawang putih yang dikisar untuk diperap bersama daging



Cara Membuatnya:

1. Rebus daging sehingga empuk

2. Potong daging nipis-nipis dan tumbuk sehingga leper

3. Perap daging bersama bahan-bahan perapan dan sedikit kicap selama 30 mint- 1 jam

4. Goreng daging, angkat dan toskan

5. Tumis bawang dan cili kering sehingga garing dan naik minyak

6. Masukkan kicap dan gaul rata

7. Masukkan daging yang telah digoreng tadi

8. Masukkan garam, gula dan cuka

9. Gaulkan dendeng daging,angkat dan hidangkan

By: azianhasan.com


Serunding Daging

Bahan-bahan :

½ kilo daging (dipotong dadu)
½ biji kelapa parut
2 sudu besar minyak kelapa (untuk menumis)
1 sudu besar jintan manis (ditumbuk halus)
½ sudu besar jintan putih (ditumbuk halus)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar gula pasir
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sebesar ibu jari asam jawa
Sedikit garam


Cara Membuatnya :

1. Perap daging dengan kelapa parut, jintan manis, jintan putih, serbuk kunyit, bawang merah, bawang putih, air asam jawa, gula dan garam selama empat minit.

2. Panaskan minyak dan masukkan daging yang diperap tadi.

3. Kacau daging berulang kali sehingga kering dan berderai. Kemudian angkat.

Kuah Lodeh

Bahan-bahan :

¼ kubis sederhana besar
300 gram kacang hijau
100 gram udang hidup
2 keping tauhu
2 keping tempe
3 biji ubi kentang
1 biji kelapa
3 biji cili merah
4 ulas bawang merah (dihiris halus)
3 ulas bawang putih (dihiris halus)
½ sm halia
½ sm belacan
1 cawan minyak kelapa
100 gram suhun


Cara Membuatnya :

1. Hiris nipis kubis dan kacang panjang.

2. Siang dan bersihkan udang.

3. Potong dadu tauhu, tempe dan ubi kentang.

4. Sediakan satu mangkuk santan cair.

5. Setelah itu panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dihiris dan belacan sehingga kuning.

6. Kemudian masukkan santan cair dan kacau.

7. Setelah mendidih masukkan sayur-sayuran, udang, tempe, kentang dan suhun.

8. Kemudian masukkan pati santan serta tauhu.

9. Akhir sekali apabila mendidih masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Masak Kuzi

Bahan Untuk Digoreng :

1 ekor ayam
100 gram bawang merah
30 gram bawang putih
100 gram kacang tanah
50 sen kundur
1 kotak ligo kismis


Bahan Untuk Ditumis :

1 bungkus rempah
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 cawan minyak
½ tin susu pekat
½ botol tomato delmonte
Santan (daripada 1 biji kelapa)
Gula dan garam secukup rasa


Cara Memasak :

1. ½ botol tomato, ½ tin susu dan sebungkus rempah dan 2 sudu gula dicampur.

2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Apabila kuning, masukkan campuran rempah dan tunggu hingga naik bau. Seterusnya, masukkan santan.

3. Biarkan ia mendidih dan masukkan ayam.

4. Apabila ayam telah empuk, masukkan bahan yang digoreng. Biarkan beberapa minit dan bolehlah diangkat.

5. Sedia untuk dihidang.

Bubur Caca

Bahan-bahan :

1 biji ubi keladi (dipotong dadu dan direbus)
1 biji ubi keledek (dipotong dadu dan direbus)
1 peket tepung caca warna-warni
5 cawan santan
½ cawan gula
2 biji pisang (dihiris)
1 tin jagung manis
2 helai daun pandan


Cara Menyediakannya :

1. Tepung caca dibasuh dan direbus dengan air hingga tepung caca masak. Toskan.

2. Masak gula bersama air hingga hancur.

3. Masukkan caca, garam, daun pandan, ubi keledek, ubi keladi, jagung manis dan hirisan pisang ke dalam periuk.

4. Kacau dan biarkan mendidih. Masukkan santan. Kacau dan angkat bila mendidih.

Bubur Jagung


Bahan-bahan :

1 tin jagung manis 425 gram
250 gram santan
3 cawan air
Gula secukup rasa


Cara Memyediakannya :

1. Masukkan jagung, santan dan air ke dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.

2. Masukkan gula secukup rasa.

3. Sedia untuk dihidang.

Pengat Ubi Campuran

Bahan-bahan :

½ kg keledek kuning
½ kg keledek putih
½ kg keladi
½ kg ubi sagu
Sedikit sagu
300 gram santan
Dua helai daun pandan
250 gram gula pasir
½ buku gula enau
Secubit garam


Cara Membuatnya :

1. Rebus kesemua ubi, keladi dan keledek bersama daun pandan hingga empuk.

2. Masukkan santan, gula pasir, gula enau dan kacau sehingga mendidih.

3. Masukkan biji sagu dan biarkan sebentar. Hidang dan hiaskan.

Lontong

Bahan-bahan :


3 cawan beras (dikosek dan ditoskan)
5 keping daun pisang (dilayur)


Cara Membuatnya :


1. Gulung daun pisang. Ikat hujung daun pisang dengan tali yang kuat. Kemudian ikat dua simpul di bahagian tengah supaya tidak terbuka.

2. Masukkan beras anggaran separuh panjang kelongsong lontong dan ikat hujungnya.

3. Rebus hingga masak iaitu anggaran hingga 4 jam.
 

Roti Jala dan Serawa Durian (Yang Jamil)


Bahan Untuk Roti Jala :

 
2 biji telur
Santan
Tepung gandum
Gula dan garam secukup rasa


Bahan Untuk Serawa Durian :


Durian
Gula merah
Gula pasir
Santan
Sedikit garam


Cara Membuat Roti Jala :


1. Masukkan tepung, telur, santan, sedikit gula dan garam di dalam blender.

2. Kisarkan hingga semuanya sebati dan tidak berketul. Adunannya sama seperti kuih ketayap.

3. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dalam kuali menggunakan acuan roti jala.

4. Goreng hingga masak.


Cara Membuat Serawa Durian :


1.Masukkan sedikit air di dalam periuk, durian, gula merah, gula putih dan daun pandan.

2. Biarkan seketika dan akhir sekali masukkan santan dan sedikit garam.

3. Masak hingga mendidih.

4. Hidangkan bersama roti jala.