Tepung Talam Kelapa Muda

a) Bahan-bahan Lapis Bawah :

½ cawan tepung beras

2 cawan pati santan (daripada 1 biji kelapa)
1/8 sudu teh garam
1 cawan isi kelapa muda (diambil daripada sebiji kelapa muda yang isinya setebal 0.3 cm)


b) Bahan-bahan Lapis Atas :


1 cawan gula halus

1 ½ cawan santan
4 biji telur
Sedikit garam
1 sudu sedang tepung gandum


c) Hiasan Lapis Atas :


4 biji ceri merah

Beberapa sudu isi kelapa muda


Cara Membuat Lapis Bawah :


i) Gaulkan hingga sebati bahan-bahan (a) di dalam periuk.


ii) Masak adunan ini di atas api yang sederhana dan kacau selalu sehingga pekat.


iii) Setelah pekat, tuangkan adunan ini ke dalam loyang untuk dikukus.



Cara Membuat Lapis Atas :


i) Gaul sebati bahan-bahan (b) di dalam periuk.


ii) Masak adunan ini di atas api yang sederhana dan kacau selalu sehingga pekat.


iii) Setelah pekat, tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang berisi adunan (a). Ratakan adunan ini supaya meliputi permukaan adunan (a) iaitu lapis bawah.


iv) Kukus adunan tersebut selama 10 minit.




Untuk Hiasan :


i) Letakkan keempat-empat biji ceri pada lapis atas adunan secara berasingan.


ii) Potong isi kelapa muda sebesar ibu jari mengikut bentuk kelopak bunga.


iii) Susun isi kelapa tersebut di sekeliling buah ceri mengikut bentuk bunga.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan