11 February 2017

Resipi Satay (Rozalina)

Bahan-bahan :

Serai
Lengkuas
Kunyit hidup
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Cabai
Jintan manis
Jintan putih
Serbuk ketumbar
Serbuk kari
Garam
Gula
Daging ayam


Cara Membuatnya :

1. Blender bawang besar, bawang putih, halia dan cabai hingga hancur.

2. Kemudian, masukkan jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk kari, garam dan gula secukup rasa.

3. Perap bersama daging selama 2 jam.

07 February 2017

Puding Karamel Rehan

Bahan-bahan : 

3 camca gula pasir – dijadikan karamel
3 biji telur
2 keping roti
1 tin susu cair
1 cawan air @ ½ cawan
6 camca gula pasir
1 sudu teh esen vanila
  

Cara Membuatnya :

1. Cairkan 3 camca gula di dalam kuali dengan api yang kecil sehingga cair dan keperangan.

2. Tuangkan di dalam bekas dan biarkan suam.

3. Blender semua bahan yang tinggal.

4. Tuangkan di atas gula yang dicairkan tadi.

5. Kukus selama 20-30 minit bergantung pada saiz bekas.

6. Terbalikkannya dan masukkan dalam peti sejuk.

7. Enak dinikmati ketika sejuk.


Nota :

Air boleh dikurangkan kepada ½ cawan kerana takut terlalu lembik.